Powered By Blogger

Wednesday, March 23, 2011

hang tuah dan hang jebat

Pada cuti sekolah yang lalu, ibu dan bapa saya membawa saya ke negeri Melaka. Kami pergi selama 2 hari iaitu hari Khamis dan hari Jumaat. Kami bertolak tengahari kerana bapa saya ada kerja. Datuk, nenek, pakcik, makcik dan sepupu saya telah bertolak dahulu dan tidur di rumah makcik saya di MITC.

Pada petang itu, kami makan tengahari di Banda Hilir. Ibu saya ingin makan asam pedas. Kemudian, kami ke pusat membeli belah disebelah restoran itu. Pada waktu malam, kami sekeluarga naik 'river cruise'. Saya sangat seronok kerana dapat menaiki bot dan melihat permandangan sepanjang Sungai Melaka. Makan malam kami di McDonalds sebab adik saya tidak mahu makan nasi. Malam itu kami bermalam di Hotel Emperor.




Pagi esoknya, selepas sarapan, kami mandi di kolam renang hotel. Selepas itu, kami menyelesaikan saman bapa saya selepas solat jumaat. Kami berjalan-jalan di jonker walk dan dataran pahlawan.
Selepas solat Maghrib, kami bertolak pulang. Cuti sekolah kali ini amat menyeronokkan dan saya harap selepas ini ibu dan bapa saya membawa saya makan angin ke tempat-tempat percutian yang menarik.





Sekian,
Muhammad Hazim
1 Azam

No comments: